Sunday, March 16, 2008

Di manakah Melayu??


Pada tanggal 14 haribulan mac,satu rapat umum telah diadakan di jalan Prangin Pulau Pinang.Isu yang dilaungkan memang jelas menghendakkan hak orang kita di kembalikan.Di manakah melayu kita??? itu menjadi persoalan semua. Pada hari tersebut masyarakat telah membuka mata , mereka, bahawa mereka telah hilang sebutir permata,yang dahulunya akan memberi satu sinar masa depan kepada anak-anak muda kita. Kita rasa tercabar apabila 'seorang' telah membuang permata kita. Laungan 'ALLAHHUAKBAR' seperti telah membangkitkan semangat orang kita,inilah semangat yang kian hilang dalam masyarakat kita masa kini. Masyarakat melayu makin alpa dalam membentuk semangat di antara kita,masyarakat kita kini lupa apa yang di perjuangkan oleh pejuang-pejuang bangsa kita dahulu. Masyarakat kita mengabaikan tanggungjawab mereka, orang kita semakin biadab!!

Memang benar kata-kata yang telah kita dengar saban hari 'MELAYU MUDAH LUPA' lupa akan asal usul mereka. Ramai berkata sesama mereka 'lani(sekarang) kita dah dijajah'...Mengapa ini terjadi?? Fikir-fikirkan lah wahai sahabat bangsa ku. Jangan sampai anak cucu kita kencing atas semadian kita kelak. Selama ini melayu hidup mewah kerana di atas satu sebab sahaja..DEB..Hari ini , sudah tiada lagi DEB untuk masyarakat melayu Pulau Pinang, apa akan jadi kepada kita??? sedarkah kita bahawa ekonomi kita masih lagi mundur berbanding bangsa yang dengki dengan 'permata' kita ini??? sekarang kita telah di jajah kembali. Jangan pula kita menuding jari ke sesama sendiri,kerana kita lemah dalam memupuk semangat keMelayuan...
Sayang MELAYU...inilah terjadi apabila sesama kita pun sering bertekak.

Apabila suatu hari orang melayu di layan seperti pendatang,baru kita ada akal. Kita perlu kukuhkan akar kita supaya bangsa lain tidak mempermainkan hak kita. Ini tidak, golongan muda tak habis-habis dgn meRempit, disko, dangdut, minum arak. Kita perlu membentuk suatu bangsa yang di hormati dan di segani. Jangan biar kita dipandang rendah dan remeh. Sekarang ,masyarakat melayu kita memang tiada nilai di mata mereka..'buat semak ja' tulah kata yang saya dengar. Di manakah Melayu kita?? Bangsa melayu akan terus di sisih dari segala aktiviti mereka,tidak kira sama ada riadah hingga lah ke bisnes, memang melayu akan di ketepikan.


Apa yang dapat kita lihat pada penggal 14 hb Mac, adalah salah satu langkah untuk menyatukan kembali semua masyarakat melayu di Pulau Pinang. Memang sebelum ini pun Pulau Pinang diperintah oleh pembesar berbangsa lain,tetapi kali ini kita di perintah oleh orang yang datang dari Parti yang membenci Islam dan Melayu 100%. Sekarang di tarik DEB dari sistem ekonomi kita, itu baru 2 minggu kita di bawah pimpinannya, kita masih lagi ada 5 tahun untuk berada di bawah pimpinan mereka. Tidak mustahil suatu hari nanti jika kita masih lemah Pulau Pinang boleh menjadi seperti Singapura , pada masa itu ''nasi sudah menjadi bubur''.


Sahabat-sahabat, kita perlu sedar bahawa melayu dah dijajah kembali. Bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan api yang dah membara atau ingin mencetuskan perbalahan tetapi tujuan blog ini adalah untuk menyatukan dan mengubah pemikiran orang-orang Melayu. Ubah demi maruah kita sebagai Melayu, ubah demi masa depan Melayu, ubah untuk kepentingan Melayu di bumi Malaysia. Jangan biar kita dipermainkan, diperbodohkan. Kita perlu memajukan bangsa kita bermula dari golongan muda kita bak kata pepatah ''melentur buluh biarlah dari rebungnya''.

No comments: