
Saudara-saudara ku,sekelian!PRU ke 12 telahpun berlalu dengan keputusan yg penuh dramatik dengan menyaksikan rakyat mengunakan kesempatan ini untuk menyuarakan rasa tidakpuashati mereka.Bagi pengundi melayu mereka khayal dengan agenda-agenda yang di sebarkan oleh PKR & PAS mengenai kelemahan UMNO,mereka mengambil keputusan singkat untuk menyisihkan UMNO tanpa mengambil kira kedudukan ketuanan melayu.Mereka sangka nasib mereka akan lebih terbela apabila UMNO hilang kuasa,tapi retoriknya bangsa lain yang mendapat habuan yang besar.Sahabat sekelian! DAP adalah satu parti serpihan PAP yang sejarah mengajar kita bahwa idealogi mereka adalah 'Malaysian Malaysia' iaitu MALAYSIA adalah untuk semua bangsa yang sama tarafnya,tiada lagi kaum yang mewakili bumiputra(melayu dengan hak istimewanya)Kaum melayu akan sama tarafnya dengan bangsa lain,Negeri-negeri Tanah Melayu akan direpublikan jika di beri kesempatan,insistuisi raja-raja melayu di mansuhkan,ekonomi akan di tadbir secara terbuka tanpa lagi pertolongan dasar ekonomi baru.Hak memilih agama akan di kuatkuasa mengikut perlembagaan negara,maka hilanglah status negara islam dengan sendirinya.Sahabat-sahabat,mungkin apa yang di perkatakan disini akan di anggap terlalu ekstrim tapi kenyaatan tidak boleh di sangkal lagi,Ketua Menteri pulau Pinang yang baru YAB Lim Guan Eng dengan angkuhnya menyatakan bahwa DEB tidak akan di laksanakan lagi setelah mendapat mandat dalam PRU 12 ,ideologinya terus di praktikan sertamerta apabila berkuasa,lihatlah bertapa angkuhnya pemimpin DAP ini!Saudara-saudara ku dari Pas dan PKR sedarlah bahwa melayu makin tersisih jika kemelut ini berlarutan,nama-nama besar seperti UMNO,PAS & PKR akan menang sorak kampung tergadai,kita melayu akan berpura-pura bersatu tapi sebenarnya tidak berlainan dengan bangsa lain yang berpura-pura tidak bersatu tapi nyata bersatu sepertimana yang telah berlaku dalam PRU 12.Kesemua Dun dan kawasan parlimen yang majoriti nya dari kaum lain memilih parti yang radikal dalam memperjuangkan hak mereka.Ayuh sahabat-sahabat eratkan silratulrahim kita,juanglah hak-hak ketuanan melayu,bagi saudara-saudaraku dalam UMNO,sudah tiba masanya untuk perubahan dari dalam bermula,tentukan pemimpin yng dipilih benar-benar dapat mengembalikan kegemilangan bangsa melayu,jangan takut untuk memperjuangkan hak melayu,pemimpin yang tidak releven harus diganti baru bagi menyambung kesinambungan bangsa melayu,jika boleh gunakanlah mesyuarat agung UMNO untuk memperjuangkan hak saudara untuk memilih kepimpinan UMNO dan untuk saudara-saudara ku dalam Pas tidakkah UMNO itu lebih 'Islam' dari DAP?dan tidak ketinggalan saudara-saudara ku dalam PKR tidakkah UMNO itu lebih 'kemelayuannya'dari DAP!Sudah tiba masanya untuk benar-benar bergerak ke arah penyatuan bangsa melayu.Melayu tidak boleh dipimpin oleh pemimpinya yang naif,melayu tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang ekstrem agamanya dan melayu juga tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang rendah akhlaknya.Kepimpinan haruslah datang dari golongan melayu yang sayangkan agamanya dan ketuanan melayunya.Pengahirkata belalah tanah melayu ini dengan apa cara pun,bersatulah,ketepikan perbezaan persepsi tentang politik masing-masing.Tanah melayu mesti bertuankan melayu,jangan sekali tergadai tanah melayu yang indah ini,kita bangsa melayu tidak pernah menidakkan hak bangsa lain tapi hanya meminta supaya dihormati sebagai bangsa yang beragama islam di tanah tumpah darah kita,fikirkanlah saudara-saudara ku apa yang tersirat di halaman blog ini,jadikanlah melayu bukan mudah lupa dan anggaplah perjuangan makin jauh untuk selesai.